

Assalammualaikum..
merhaba..
ne khaber?tah betul ke tidak ejaan ku nie..
Hari Jumaat bersamaan 24.6.2005 adalah hari yang bersejarah bagi aku.Pada hari itu,aku bak, ira, dik2 dan amad bersiap2 untuk ke rumah nenek suman dan terus ke lapangan terbang KL.Ibu tidak ikut untuk menghantarku kerana sedang berehat selepas melahirkan babe.Aku sampai di airpot pada pukul 11pg.Beg2 yang dibawa ku turunkan dari kereta bak.Kami berada di airpot agak lama,tp xdapat bersama2 sebab banyak urusan pasport yang mesti di uruskan,cop sana cop sini.PN, MN, Baloom, nenek, paksu,makja, dan etuy pun ada kat sana.Setelah selesai urusan kami,beg2 kami itu pun telah dibawa masuk ke perut kapal terbang itu.Tiba masanya untuk aku bertolak,aku mencium bak,adik2 ku, nenek suman, makja, dan etuy.Aku,PN, MN, nenek piah, dan baloom pun terus berlalu dari situ.Baloom?
Baloom tu sepupu aku.Dia lebih tua dari aku.Member2 aku kata dia ni hensem,YEKE? tah ler..hehehuhu..jangan marah baloom..be cool..Nenek suman ni nenek sebelah ibu,dan nenek piah
ni pula sebelah bak.Jadi yang pergi ni nenek piah.Kami berlima ni sebenarnya akan ke Makkah,untuk buat umrah.Kami ke checkpoint pada pukul 3.10 pm dan terus naik kapal terbang.Semakin lama,semakin jauh pandangan aku dari famili ku..huks..sedih gak masa tu.Selepas 15 minit berlalu,kami pun berlepas.Masa dalm kapal terbang,aku banyak tengok tv.Selain dari tu,aku makan,dan tidur.Masa ni aku dan nenek ingin ke tandas,mula2 tu takut nak bangun,tapi bila fikir da xtahan lagi,hmmm.. kami terus bangun dan masuk bilik tandas tu.Selesai aku dalam tandas tu,aku nak keluar la kan,tapi pintu tu xboleh dibuka,hihihihi,aku pun tendang la pintu tu,masih xboleh dibuka.Kemudian pintu tu tetiba je terbuka,rupa2nya,pramugari tu dengar pintu di tendang,dan terus di bukanya pintu tu..hehehe,masa tu merah padam muka aku.Sori le kak.Nasib baik pintu xpecah.Penerbangan ku akan terus ke Jeddah.Sesampai di airpot Jeddah,ketika tu pukul 6.45 pm.Suhu masa tu 33*c.Kira panas la masa tu.Kami terus solat jamak takhir Isyak dan Maghrib di surau airpot.Selesai solat,mata kami mencari2 mutawwiif kami.Akhirnya jumpa juga xlama kemudian itu.Ustaz kami itu,namanya Abdul Halim.Ustaz terus membawa kami menaiki van yang telah disediakan dan terus menuju ke Madinah.Perjalanan kami mengambil masa 5 jam.Penat sangat malam itu,kami tertidur akhirnya didalam van itu.zZzzzZzzZzZzzzZ....ustaz kami itu sebenarnya orang Indonesia,tapi dah menetap di negara Arab sungguh lama.Kalau xsilap aku,katanya dia menetap disana sejak umurnya 9 tahun dan sekolah juga disana.Menurutnya lagi bahasa arabnya lebih baik dari bahasa ibundanya sendiri.Setibanya kami di Madinah, kami terus check-in di Hotel Elaf Taiba.Aku sebilik dengan nenek tersayang,dan MN anak beranak sebilik.Bilik kami amat mewah dan cantik.Kami pun terus membersihkan diri untuk solat subuh di masjid Nabawi.Masa tu jam dah pukul 6.10 am.Akhirnya....akhirnya...jeak juga kaki ku di Madinah.Masjid Nabawi dikenali dengan nama masjid nabi.Selesai solat,kami terus pulang ke hotel dan makan sekali.Kami berehat selama 15 minit dan selepas itu,kami ke masjid Nabawi semula untuk ziarah Raudhah.Kami solat tahyatul masjid di sana.Raudhah bermaksud 'Taman Syurga'.Cantik sangat tempat itu.Disana kami banyak berdoa.Ia salah satu tempat yang Allah akan makbulkan doa hamba2-Nya yang meminta.Setelah itu kami ziarah pula makam nabi .Terlalu ramai orang yang terdiri dari beberapa negara turut berada di sana, antaranya Turkey,Iran, Indonesia dan sebagainya.Selepas selesai ziarah, kami pulang ke hotel dan berehat.Kaki nenek sakit masa tu,syian nenek.Kami buat keputusan untuk solat zohor dan asar di bilik saja.Maghrib dan Isyak kami solat di masjid.Jarak hotel ke masjid agak jauh.Selesai solat Maghrib dan Isyak kami berjalan2 di sekitar hotel2 berhampiran.Pada malam itu,kami menikmati keindahan sambil membeli sesuatu untuk dijadikan kenangan kerana esok kami akan teruskan perjalanan kami ke Mekah.
Kami pulang ke hotel selepas membeli barang2 dan terus tidur..
"Morning", ucap aku pada nenek,dan nenek membalas dengan senyuman..
Kami ke masjid untuk solat subuh.Selesai solat aku dan MN ke Raudhah dan solat sunat dan berdoa ziarah wida'.Nenek pula hanya menunggu kami diluar kerana terlalu ramai orang.Nenek hanya melambai sahaja ke arah situ.Pagi ini,ziarah kami selesai.Kami pulang ke hotel dan berkemas2 dan bersiap2 dengan pakaian ihram.Kami ziarah pula ke Bir Ali, bukit Uhud, Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan pasar kurma.Setibanya di Bir Ali kami bermiqat dan niat ihram.Pada saat itu kami harus menjaga pantang larangyang di wajibkan.Kami meneruskan perjalanan ke Mekah.Ia mengambil masa selama 5 jam.Selamat tinggal Madinah.Setiba di Mekah,kami di tempatkan Hotel New Safa.Aku masih ingat nombor bilik yang aku kongsi bersama nenek,iaitu bilik 706 dan tingkat 7.Kami terus(aku sambung nanti..penat la)
Hmmm..
Aku da x penat dah..ni aku nak sambung la ni..huhuh..
Kami terus bersiap2 untuk melakukan umrah kami di Masjidil Haram.Kami mulakan dengan Tawaf kaabah sebanyak 7 kali pusingan,Saie juga 7 kali ulang-alik, dr Safa ke Marwah dan bertahlul dan akhir sekali tertib..Kali pertama ku melihat Kaabah, ku rasa terharu dan sangat gembira. Kaabah yang dapat ku lihat dengan mataku sendiri yang berada di depanku. Nenek, pada ketika itu sakit kaki, jadi nenek m'gunakan kerusi roda yang disediakan. Aku dan baloom menolak kerusi roda itu sambil membaca ayat2 dr buku yang ku bawa. Sedang asyik m'baca, aku menolak terlalu laju lalu' terlenyekkan' kaki ustaz yang berjalan di hadapan kami semua. Hikhikhik... x perasan.. Sori la ustaz..x sengaja.Masa Saie pula kaki aku pula yang baloom lenyekkan ..he 5 balasan.. Pada waktu itu selesai satu umrah kami. Setelah itu, kami pulang ke hotel dan berehat lalu tido..
zZzZzZz..krohhh..hihi
Hari itu adalah hari Isnin iaitu 27/6/2005. Pukul 3.30 pagi, aku bangun dari tidur terus mandi.Air mandi sungguh sejuk, berjam-jam aku di bilik air, menahan kesejukan dari air itu. Tapi , selepas itu.. ahhh.. Lega dan segar rasanya.. Nenek dan aku bersiap2 utk ke masjid solat subuh. Hari itu, kami x de apa2 aktiviti ziarah, cuma kami banyakkan berdoa di masjid. Kami pulang ke hotel dan terus sarapan.. Selepas makan aku dan nenek naik ke bilikmdan tidur semula. Mengantuk pula rasanya mata nie.Sepanjang aku di Makkah aku kurang tidur kerana perubahan waktu. Disana aku rasakan waktu malam hanya sekejap. Pada pukul 8.00 pagi aku dan nenek bangun. Kami berdua bersiap2 untuk bersiar-siar di sekitar hotel lami. Pukul 9.00 pagi kami keluar bilik. Banyak barang 2 yang cantik dan memukau dengan harga yang agak murah di sini. Aku dan nenek sempat m'beli sedikit barang2 yang kami berkenan. Masyarakat Arab di sini sukakan Malaysia , aku sering di tanya mereka'Malayzia'?, ku katakan 'ya Malaysia', lalu orang Arab itu mengatakan bagus. Wah hebat betul negara Malaysia di mata masyarakat Arab . Alhamdullillah. Kami jalan sepuas-puasnya, dan pulang. Seperti biasa kami menunaikan Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak di Masjidil Haram. Selesai solat Isyak, kami pulan dan makan malam. Setelah itu, masuk ke bilik dan aku berbual2 ngan nenek. Selepas itu, kami pun tidur..
4 pagi..
Aku, nenek, PN, MN, dan baloom pergi ke masjid untuk solat subuh.Setelah solat kami kami pulang ke hotel dan mengambil sarapan di tempat yang disediakan.Selepas itu,kami ke bilik dan bersiap2 untuk menziarahi tempat2 yang bersejarah di mekah.Masa tu, da pukul 9 pagi.Kami tunggu ustaz di lobi hotel.Xlama kemudian ustaz sampai bersama van yang akan naiki untuk ke tempat2 yang penuh sejarah, iaitu Jabal Thur, Padang Arafah(Jabal Rahmah), dan Masjid Namirah.Di Padang Arafah terdapat banyak unta..sebaik sahaja aku turun dari van,ada seoarang bangsa arab datang ke arah ku,dan menyuruh ku untuk menaiki untanya.Mula2 tu,aku takut gak,tapi semua da suruh aku naik,aku pun naik jelah.Aku pun duduk la kat tempat bonggol unta tu,dan tuannya terus bawa aku jalan2 sekeliling Padang Arafah itu.Masa unta tu nak bangun,aku menjerit sebab rasa macam nak jatuh,hmmm...PN, MN, nenek dan baloom ketawakan aku.Huks..kami juga sempat bergambar dengan unta tersebut.Masa pun berlalu terlalu cepat,kami meninggalkan Padang Arafah dan terus ke Muzdalifah,Mina iaitu tempat jemaah haji melontar jumrah .Selain itu,kami juga pergi ke tempat Jabal Nur Jaranah.Di sana kami sempat bergambar untuk dijadikan kenangan.Ustaz menerangkan sedikit sebanyak mengenai sejarah tempat2 yang kami ziarah.Kami bermiqat sekali ketika di Jaranah kerana kami ingin melakukan umrah apabila pulang nanti.Selesai ziarah,kami dihantar pulang dan kami bertiga terus ke masjid.MN dan nenek pulang terus ke hotel.Setelah selesai umrah kami bertiga,kami terus pulang dan berehat.Ketika aku sedang beristinjak untuk mengambil wudu'...
aarggghhhh.... mmmmm.........
aku...@#$*,so xdapat la aku melakukan solat..
Semasa aku @#$*,aku hanya berehat di bilik.Bosan sikit masa tu. Xtau nak wat pe.Aku hanya menonton tv walaupun aku sendiri xtau ape maksudnya.Masa tu aku tengok cerita kartun 'poppye'.Bahasa yang disampaikan oleh 'poppye' tu adalah bahasa arab.hmmmm,tengok je lah..
asalkan kelakar..Jemaah yang solat hampir nak pulang,dan aku terus bersiap2 untuk turun ke lobi dan menunggu nenek pulang.Kesian nenek..pergi solat sorang2 sebab MN pun ketika tu @#$* juga.Macam tu la aktiviti aku semasa @#$*...








