Monday, August 13, 2007

bebek ku..



BEBEK KU??
Bebek ni adik bongsu aku yang paling manja dan kadang2 nakal yang amat sangat..Nama nya Nurul Iman bt. Hanozzy..Bebek ni aku panggil nya babe..babe..hmmm
Umur babe 2 tahun 2bulan..sangat comey..aku sayang kat babe, sebab babe manja ngan aku..babe ni manja juga dengan kakak2 yang lain,tapi 'masa' babe banyak bersama dengan aku..so.. tu sebab la aku sayang sangat kat babe..Babe ni aku kata comey couse mata babe besar,mata hitam nya lebih besar dari yang putih..he5

rambut babe pula kerinting..Hanya babe berambut kerinting di kalangan kami adik-beradik..Orang yang melihat babe pasti terpegun dengan matanya yang bulat dan besar itu..Mataku yang di sengkang besar2 pun xkan menjadi sebesar matanya..camne nak tunjuk gambar ek???wat masa ni, gambar babe aku belum masukkan dalam file ku..ti aku letakkan gambarnya untuk aku lihat sepuas2 nya apabila sedang online...
Babe akan mengadu pada bak setiap kali bak balik dari solat maghrib di surau,babe akan kata "bak, bibi
'atit'(sakit) ", dan bak akan tanya "sape wat ana
k bak ni",babe balas "babang" dengan suara yang amat ngada2..maka babang mestilah bersiap2 utk terima' hukuman'..hehe.. tapi 'hukuman' yang diberikan oleh bak tidaklah seberat mana pun..babang cuma perlu menonggengkan bontot nya, dan bak akan berpura2 membantai bontot babang..ketika itu babang mesti melompat setinggi yang boleh utk menunjukkan yang sebatan itu amat sakit..kami yang melihat ni menahan ketawa melihat telatah babe yang amat gembira melihat babang nya menerima 'hukuman' yang pura2 itu..Selain itu babe juga suka makan keropok..keropok dipanggilnya o'ok..Setiap kali adik2 ku yang bersekolah pulang,benda yang akan di minta adalah o'oknya..babe seolah2 tahu bahawa kakak nya akan membelikan babe paling kurang pun sebungkus o'ok nya..Babe akan mengucapkan "acih ya".. 'ya' tu adalah panggilan untuk kakak2 nya..semua kakak2 nya dipanggil 'ya'...kadang2 tu 'atak'..hehehe babe memang 'pelat'..
Banyak lagi yang nak ditaipkan tentang babe..tapi tangan pun dah penat sekarang ni..
k lah babe..akak harap babe da besar nanti babe dapat baca apa yang ditulis ini..huhuhu...

k...tatatititutu...
hasta la vista..
wassalam babe ku yang comey..

Sunday, August 12, 2007

Da nak balik da..

Hari ini hari Isnin, 13 Ogos 2007.Aku masih di rumah nenek.Pagi ni kami sarapan nugget Ayamas.
Pagi2 lagi nenek,makja,paksu, n Etuy da keluar rumah, pergi bank.. Aku tingal kat rumah je.Selesai urusan di bank, mereka pun balik la..Aku pun makan la nugget yang di goreng tu..ahaks


Glitter Graphics - http://www.glittertextgraphics.com


kesian nenek..nenek xnak nugget, tp ayam..huks.Tp nenek makan je ayam tu..Masa beli pun aku xperasan..huhu..
Semalam bak tipon nenek,bak baru balik dsari memancing bersama2 rakan yang baru dikenali semasa majlis solat di Sek.Keb.Bukit Beruang.Orang tu ayah kepada kawan dik-dik.. Dik-dik tu adik aku..Mereka kenal dari situ la.Bak akhirnya setuju untuk turut sama serta aktiviti tersebut.Bak ke sana pada hari Sabtu dan pulang pada hari Ahad..Bak bawa balik banyak ikan selar kuning..Wah mesti bak seronok pergi sana..Bak aku tu bukan seorang yang kaki memancing, tapi sekadar mencari pengalaman apalah salah nyer..hehekehkehekeh
Bak cerita, masa kat sana,pada waktu malam sedang mereka sibuk memancing, tetiba je ada puting beliung.Terdapat tiga puting beliung yang bak nampak..Bak kata masa tu memang rasa takut.. sebab kalau di darat kita boleh lari di mana2 kita rasa selamat, tp sekarang ni di laut, mereka nak lari di mana..Banyak kapal2, bot2 yang yang sedang menjalankan aktiviti mereka,di mana kapal itu pergi, disitulah peting beliung itu pergi.Alhamdullillah,syukur, mereka x mengalami apa2 kesukaran yang teruk..Bak dan rakan2 yang lain pulang dengan selamat..Sekarang dah pukul 11.50am..hmmmm..
Malam ni aku da nak balik rumah..Rindu lak kat babe aku yang comey dan nakal tu..hehehehe
Hasta La Vista ...papaii :)

evil_eyez

Sekarang ni da pukul 10.40 pm..Aku belum tidur lagi..Pada pukul 11.15 am tadi aku , nenek,
makja, paksu n etuy bertolak dari rumah ke Zoo Melaka...Kitaorang nak bawa Etuy pergi tengok
Ellie...

Ellie tu seekor gajah yang sangat comel dalam rancangan kartun d Astro..di channel 63..Rancangan tu nama nya POCOYO...sampai kat sana paksu terus beli tiket..ramai orang yang beratur untuk beli tiket,so kitaorang sangka mesti kena tunggu lama..rupa2 nya,sekejap je..sebab paksu cilok2 je..ahakss..Apalagi??? Kitaorang terus masuk la..n teruskan perjalanan..tengok itu ini binatang dalam Zoo ...yang paling gembira Etuy..sebab Etuy dapat lihat Ellie yang comey tu..Masa kitaorang sampai kat kandang Ellie tu,
Ellie sedang makan..penjaga Zoo tu bagi makan pisang roti..Selepas lihat Ellie,kami teruskan perjalanan ke kandang2 lain..Harimau,cimpanzi,burung kakak tua,zirafah,buaya,macam2 lagi..sedang leka2 melihat haiwan di sana, tetiba je hujan turun..perjalanan kami sedikit terbatas..12.15 masih hujan di sana..kesian Etuy..akhirnya kami naik train..Etuy sangat happy..nenek pon dari sakit kaki,da tak sakit da..huahuahua..
Pelagi ek..


Kami balik selepas puas melihat keindahan alam dan bermacam2 jenis haiw an di Zoo..Kami singgah di Jusco..ramai orang kat sana..ada sale la katakan..Ku teman kan Makja masuk untuk beli sampul surat yang akan digunakan untuk menghantar barang yang telah di beli orang dari U.K.
Macam ni..Makja aku ni berniaga tudung,sajaddah,evil eye,scarf,barang babies dan sebagainya.Semua barang2 tu dari Turkey..Makja ni kahwin dengan owang turkey..so tu sebab la makja berniaga barang2 turkey...kalo rasa2 nak beli barang2 makja ku ni..
haaaaa..klik kat sini www.ayzagursoy.com
k la..hasta la vista.. papaiii
Glitter Creator - http://www.glittertextgraphics.com